Wednesday, November 30, 2011

tundukkan mata zahirmu bertemu mata batinmu

wahai hati yang bergelora..
mengapa hati ini tidak mampu ditenangkan.
orang kata zikir kunci ketenangan..
tetapi mengapa..mengapa tiada kesan libasan dihatiku..

suara menjawab..
iya..
kerna mata zahirmu tidak mu tunduk...

hati menjawab..
apa..
aku tidak mengerti..

suara menawab..
tunduklah mata zahirmu itu ke bawah..
temulah ia dengan mata batinmu..
iaitu qalbu..

hati senyap..

suara terus menerang..
iya..temulah kedua mata mu..
dengan memhami setiap erti zikir mu..
setiap erti perbuatan mu..
niat mu..

hati terus mendengar..

temulah keduanya..
dengan membayangkan ciptaanNya dalam setiap tasbihmu
dengan membayangkan nikmatNya dalam setiap tahmidmu
dengan membayangkan kehebatanNya dalam setiap takbirmu.
dan insafilah dirimu dengan tahlilmu..

adakah itu solusinya..

iya..
tetapi perlukan juga acuan kesungguhan..
yang bakal membuahkan keikhlasan..

tetapi kalau tak berjaya juga..

usahalah..
wahai diri..
Allah sentiasa berada bersama kita..
hambaNya yang berzikir itu..
sangat dekat denganNya..

ketahuilah..
Allah itu tidak bertindak zalim terhadap hambaNya..
tetapi hambaNya yang bertindak zalim terhadapNya...

wahai diri yang bergelora..
usahlah kamu tangguhkan..
'berubahlah jika keinginan itu tiba..
berubahlah jika kamu sedari tahapmu yang hina..
Allah maha penerima taubat hambaNya yang berserah..

ketahuilah..
ini bukanlah puisi..
mahupun sajak yang penuh puitis..
tetapi ini adalah cetusan..
perkongsian bersama..
untuk kebaikan bersama..
didunia dan akhirat..

No comments:

Post a Comment