SALAM ALAIK...hehe da lme xupdate,n godek2 cite sal syria bru kte tw cite cmne...ni pon hasil copy paste,seryes slame ni xtaw pon knape syria jadi gitu n gini..phak sunni smpai berbunuh2,rupa2 tw da la citenye,,,nk share jew...
Dan kajian memerlukan masa dan ruang yang secukupnya; tersalah cakap
pula akan menyebabkan saya sama ada bakal disaman oleh Kerajaan Syria
atau diburu oleh pembunuh upahan Bashar al-Assad yang selama ini
sememangnya dengki pada saya heyy! Eh.
Sebelum
kita melihat pada krisis yang sedang berlaku di Syria, mari kita
selusuri sejarah ringkas negara tersebut, untuk lebih memahami
sedikit-sebanyak kedudukan sosio-politik negara tersebut. Juga untuk
memberi kita kefahaman dan semangat mengapa kita sebagai umat Islam amat
perlu turun padang untuk membantu dan mempertahankan saudara-saudara
kita di sana. Ini soal ummah sejagat; maka kita perlu ambil tahu dan
ambil peduli.
Syam: Kota Penuh Bersejarah
Syria,
(atau Suriah) adalah salah satu daripada empat buah negara Kota Syam,
sememangnya mempunyai kedudukan yang cukup istimewa di sisi Islam. Malah
Allah merakamkan keistimewaan wilayah ini di dalam al-Quran pada surah
Quraisy apabila Allah ingin mengingatkan bangsa Quraisy tentang
keistimewaan dan kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada mereka.
"Kerana
kebiasaan orang-orang Quraisy, (iaitu) kebiasaan mereka berpergian pada
musim sejuk dan musim panas. Maka hendaklah mereka meyembah Tuhan
(pemilik) rumah ini (Kaabah), yang telah memberi makanan kepada mereka
untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka daripada rasa
ketakutan."
[Quraisy, 106: 1-4]
Para mufassirin sependapat bahawa 'berpergian pada musim panas'
yang disebut di dalam surah ini adalah merujuk kepada kebiasaan
orang-orang Quraisy yang pergi berdagang ke Syam pada musim panas.
Sememangnya Syam cukup sinonim sebagai sebuah kota perdagangan kerana
kedudukannya yang cukup strategik. Malah sekiranya anda masih ingat,
dalam peristiwa perang Badr, Abu Sufyan telah menjual seluruh
harta-benda umat Islam yang meninggalkan kota Mekah untuk berhijrah ke
Madinah, di Syam.
Di
zaman Khilafah Bani Umayyah, kota Damsyik yang terletak di Syria
dijadikan pusat pemerintahan para khalifah ketika itu, menggantikan
Madinah. Kedudukan Damsyik sebagai tempat bersemayamnya khalifah ummah
ini kekal sehinggalah kejatuhan Umayyah dan digantikan dengan
'Abbasiyyah yang menjadikan Baghdad sebagai pusat pemerintahan mereka.
Laju
ke hadapan, selepas Perang Dunia Pertama di mana dunia menyaksikan
berakhirnya sistem khilafah Islamiyyah secara rasminya di Turki pada
1924, Syria telah menjadi tanah jajahan Perancis. Setelah berlakunya
pergolakan politik yang cukup meriah lagi rumit (Oh percayalah, anda
tidak mahu tahu-menahu tentangnya!), akhirnya Syria mendapat kemerdekaan
daripada Perancis pada tahun 1946.
Pada
tahun 1970, Hafez al-Assad (bapa kepada Bashar al-Assad) telah merampas
kuasa melalui bantuan partinya, Parti Baath. Hafez telah memerintah
secara autokratik, bengis dan kejam sehinggalah kematiannya pada tahun
2000.
Era Pemerintahan Hafez al-Assad
Hafez
al-Assad akan dikenang dalam lipatan sejarah sebagai seorang pemimpin
zalim yang sentiasa dahagakan darah para pejuang Islam yang menentang
tampuk pemerintahannya. Berasal dari latar belakang Syiah Alawi, yakni
Syiah yang dianggap sesat dan merupakan golongan minoriti di Syria
(kurang lebih 6% daripada jumlah penduduk keseluruhan), Hafez
mengamalkan polisi diskriminasi apabila menaikkan dan melantik para
pemimpin kerajaan daripada ahli keluarganya yang terdekat dan di
kalangan kaum Syiah Alawi.
Parti
Baath yang dipimpin Hafez adalah sebuah parti sekular dan menjalankan
pemerintahan secara diktator apabila pemilihan Presiden dilaksanakan
secara referendum dan bukan pemilihan secara demokratik. Maka tidak hairanlah sentiasa berlaku protes dan penentangan demi penentangan ke atas pemerintahan Hafez. Dan
Hafez bertindak pantas dengan menghapuskan para penentangnya sama ada
dengan cara penangkapan, penyeksaan mahupon pembunuhan. Hafez tampaknya
tidak pernah ragu-ragu untuk menghapuskan sebarang bentuk ancaman ke
atas dirinya.
Kemuncak
kekejaman Hafez berlaku pada tahun 1982, apabila Hafez mengarahkan
ketumbukan tentera Syria untuk menghapuskan kebangkitan Ikhwanul
Muslimin di Syria yang berpusat di kota Hama. Ikhwan yang bangkit akibat
tidak lagi tertahan dengan penindasan yang dilakukan oleh rejim Hafez,
menjadikan Hama sebagai pusat operasi gerak kerja mereka. Gerakan mereka
tampaknya membuahkan hasil apabila semakin ramai yang bangkit menentang
kekejaman Hafez.
Hafez
yang menyedari bahaya ancaman Ikhwan ini, dengan penuh berang
mengarahkan agar kota Hama dibom dan para pejuang Ikhwah diburu hingga
ke lubang cacing. Akibatnya puluhan ribu (ada yang menganggarkan
kira-kira 46,000 ribu!) pejuang Islam gugur syahid di tangan Hafez dan
konco-konconya. Sebahagian besar daripada yang syahid ini adalah
penganut Ahlul Sunnah wal Jamaah. Selepas peristiwa ini, Hafez
mengharamkan Ikhwanul Muslimin. Malah sesiapa yang menyertainya akan
dihukum bunuh!
Hafez
juga terkenal dengan penglibatannya dalam pembunuhan beramai-ramai
rakyat Palestin! Walaupon media Syria menggambarkan Hafez sebagai
pembela nasib rakyat Palestin, anda semua sila jangan tertipu dengannya
hey! Penglibatan Hafez dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin
di kem pelarian Tel Al-Zaatar tidak dapat dinafikan lagi. Choyyy. Begitu
juga dengan hakikat bahawa Bukit Golan yang diduduki oleh Zionis
laknatullah dan terletak hanya beberapa kilometer dari Damsyik, tidak
pernah diganggu-gugat, dijentik pon tidak oleh Hafez. Walhal Hafez
dengan penuh riang rianya menumpahkan darah umat Islam, rakyat negaranya
sendiri!
Era Pemerintahan Bashar al-Assad
Naiknya
Bashar al-Assad ke taktha pemerintahan Firaun Syria adalah tidak
dirancang sebenarnya. Pada mulanya, Hafez telah pon melatih anak lelaki
sulungnya, Bassel al-Assad untuk menggantikannya. Namun, takdir Allah
menentukan segalanya apabila Bassel mati dalam suatu tragedi kemalangan
jalan raya.
Bashar
yang ketika itu sedang menuntut di Kerajaan Bersatu dalam bidang
perubatan mata dipanggil pulang untuk mengisi vakum yang ditinggalkan
Bassel. Bashar, yang merupakan seorang yang pendiam dan kurang dikenali,
mula diberikan tugas, amanah dan kedudukan dalam pasukan tentera dan
rejim Syria.
Selepas
kematian bapanya pada tahun 2000 akibat paru-paru berair, Bashar
dilantik menjadi Presiden Syria yang baru tanpa sebarang tentangan.
Bashar dilihat sebagai Presiden yang popular kerana mewakili anak muda
Syria dalam membawa reformasi dan perubahan pada Syria (dia dilantik
menjadi Presiden ketika berusia 34 tahun). Malangnya, reformasi dan
perubahan ini tidak diterjemahkan dalam erti kata yang sebenar, dan
akhirnya rakyat Syria bangkit bagi menentang penindasan rejim Bashar
al-Assad.
Revolusi Rakyat Syria
Mungkin
tak ramai yang tahu punca sebenar kebangkitan rakyat Syria kerana macam
mana nak tahu kalau hari-hari baca Utusan Online atau Metro sahaja
*koff koff*. Peristiwa yang mencetuskan kepada kebangkitan rakyat
tidaklah seromantik kejadian yang mencetuskan revolusi di Tunisia
misalnya, apabila Mohamed Bouazizi membakar dirinya hidup-hidup. Tetapi
ia cukup signifikan untuk membangkitkan kemarahan rakyat Syria hingga
menyebabkan satu-persatu domino jatuh menyembah bumi (Baca: Teori domino
dan bukannya pizza Domino's itu tahu..?).
Semuanya bermula apabila sekumpulan kanak-kanak di sebuah tadika yang menconteng dinding tadika mereka dengan tulisan, "Kami Mahu Jatuhkan Kerajaan!"
Apabila perkara ini diketahui oleh anjing-anjing Bashar, kanak-kanak
ini ditangkap dan diseksa, antaranya dengan mencabut kuku-kuku mereka!
Malah ada yang mati akibat seksaan keras yang dikenakan terhadap mereka.
Bayangkan kanak-kanak tadika yang masih belum kenal pon erti kehidupan
yang sebenar dilayan sebegitu rupa!
Apabila
ibu bapa dan ahli keluarga kanak-kanak tersebut pergi untuk menuntut
agar dibebaskan anak-anak mereka, permintaan mereka ditolak dengan
keras. Malah, mereka diludah pula dengan kata-kata keji,
"Kamu
balik sahajalah. Lupakan anak-anak kamu dan anggaplah mereka telah
tiada. Jika kamu hendak anak-anak lagi, berikan kepada kami
isteri-isteri kami (untuk kami rogol); hasil daripada itulah anak-anak
kamu!"
Terasa mahu beri pelempang Jepun tiga ratus enam puluh darjah secara percuma bukan..?
Rentetan
kekurangajaran mereka itu, rakyat menjadi berang dan sedikit demi
sedikit, kemarahan mereka itu merebak pula ke seluruh Syria. Daripada
ratusan, menjadi ribuan dan akhirnya bertukar menjadi kebangkitan jutaan
rakyat Syria! Menariknya,
kebangkitan rakyat Syria dipelopori oleh mereka yang berfahaman Ahlul
Sunnah wal Jamaah, menjadikan revolusi ini seolah-olah kebangkitan Sunni
menentang Syiah.
Ya,
bunyinya seperti tidak terpercaya bukan? Seolah-olahnya anda sedang
membaca hikayat dongeng yang diperdengarkan kepada anda sewaktu kecil
dahulu sebelum hendak tidur. Dan anda menjangkakan pastilah pengkakhiran
cerita dongeng ini akan disudahi dengan kehidupan gembira
selama-lamanya (Baca: Happily ever after). Macam tidak logik pula
kebangkitan rakyat secara besar-besaran dicetuskan oleh kanak-kanak
tadika yang tidak berdosa. Tetapi itulah hakikatnya. Dan pastikan anda
telan dan hadam fakta ini betul-betul kerana begitu banyak dakyah dan
fitnah disebarkan di luar sana bagi mengelirukan umat Islam dan dunia
tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Of
kos, peristiwa di tadika itu hanyalah pencetus dan bukannya faktor
penyebab kepada revolusi Syria. Maknanya, rakyat Syria selama ini
ibaratnya gunung berapi yang terpendam lama, hanya menunggu masa yang
sesuai untuk meletus. Pastinya rakyat sudah lama memendam rasa dengan
penindasan yang dilakukan oleh rejim Bashar, ditambah pula dengan sikap
berat sebelahnya terhadap kaum Syiah Alawi. Menarik sekali apabila
dibuat perbandingan, apa yang berlaku di Syria sekarang ini tidak jauh
bezanya dengan layanan kerajaan Saddam Hussein di Iraq dahulu terhadap
kaum Syiah minoriti di sana. Akhirnya, peristiwa kanak-kanak tadika yang
diseksa itu telah menyebabkan rakyat meletup, bangkit menunjukkan rasa
tidak puas hati mereka terhadap kerajaan mereka.
Kebangkitan
rakyat Syria pada mulanya dipandang enteng oleh rejim Bashar. Mereka
menyangkakan yang kemarahan dan protes yang dicetuskan oleh rakyat itu
hanyalah warm warm chicken shit sahaja. Mereka silap. Hari demi
hari, kebangkitan rakyat semakin menular dengan begitu pantas.
Kebangkitan rakyat amat berapi dan mata bersinar-sinar terutamanya di
Homs, Hama, Deera dan Doma, menyebabkan Bashar dan konco-konconya panas
punggung dan berpeluh tengkuk. Tidak disangka Bashar, kepemimpinannya
suatu hari nanti akan dicabar dan dibenci.
Arakian
Bashar dan anjing-anjingnya mengambil keputusan untuk mengikuti jejak
bapanya dengan menghapuskan segala ancaman yang wujud terhadap
pemerintahannya dengan apa cara sekalippon. Dasar bapa borek, anak
rintik! Orang awam yang menyertai protes ditembak tanpa rasa kasihan.
Aktivis-aktivis kebangkitan dicari, dikejar sehingga ke lubang cacing,
ditangkap di tengah malam dan diseksa atau dibunuh. Malah wanita dan
anak-anak kecil juga tidak terlepas daripada kezaliman Bashar.
Kekejaman
dan kezaliman Bashar bukan satu dongengan. Bukan satu rekaan untuk
memburukkan reputasinya yang sudah pon sedia tercalar. Ia direkodkan
dengan baik dan teliti sekali, baik melalu testimoni mereka yang
terselamat dan askar-askar yang belot melarikan diri daripada Bashar,
atau melalui rakaman video dan gambar yang sempat diambil oleh para
saksi.
Antara video yang amat menggugah jiwa adalah apabila rakyat Syria dipaksa untuk menyebut 'Laila ha illa Bashar!' atau 'Tiada sembahan selain Bashar!'
Astaghfirullah.. Dan mereka yang enggan menyebutnya akan dirobek mulut
mereka, sehingga hilang bahagian rahang bawah mereka (gambar ini sudah
tersebar dengan banyaknya di MukuBuku; menggeletar juga lutut saya
menyaksikannya). La hawla wa quwwata illa billah..
Celakalah
kau wahai Bashar! Tiada Tuhan, Ilah atau Raja yang layak disembah
melainkan Allah dan Allah sahajalah! Mahukah dikau mendapat kemurkaan
dan seksaan sepertimana yang Allah turunkan kepada Firaun laknatullahi
'alaih..??
Ok emo sekejap di situ.
Belum
lagi dihitung kekejaman dan kezaliman yang lain yang dilakukan Bashar
dan anjing-anjingnya. Misalnya, nasib yang menimpa seorang gadis sunti,
Zainab al-Husni, 23 tahun, yang dikerat empat dan dicampak mayatnya di
hadapan rumah keluarganya, semata-mata kerana dia melawan kerana tidak
mahu dirobek daranya oleh tentera Bashar laknatullah. Belum lagi dikira
nasib 19 orang doktor dan dan 40 orang pesakit di sebuah hospital di
Doma yang dibunuh dengan kejam oleh anjing-anjing Bashar. Allahu Akbar!
Moga Allah mengurniakan syahid kepada kalian semua! Kalian tuntutlah di
hadapan mahkamah Allah yang Maha Agung lagi Adil di Mashyar kelak; Dia
pasti tidak akan mengecewakan kalian!
Sehingga kini, sudah ribuan nyawa yang gugur sejak revolusi Syria tercetus setahun yang lalu (angka sebenar tidak dapat dipastikan; pokoknya cukup ramai!). Lebih banyak nyawa akan tergadai dek ketegasan dan kedegilan Bashar untuk menamatkan kebangkitan ini dengan cara apa sekalipon.
Dunia
terus menyaksikan dan bertepuk tangan gembira dengan apa yang berlaku.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kekal dungu dan menjadi boneka kuffar,
apabila Russia dan China, dua ahli tetap Majlis Keselamatan menggunakan
veto mereka untuk menolak sebarang usul untuk mengenakan tindakan
terhadap rejim Syria. Iran dan Hizbullah pula terus memberikan sokongan,
sama ada secara terang-terangan atau di belakang tabir terhadap rejim
Bashar. Diceritakan juga bagaimana Hizbullah menghantar tentera elit dan
komando mereka ke Syria untuk membantu Bashar menamatkan riwayat
revolusi ini.
Terbaru,
email-email Bashar, isterinya Asma, ayah mertuanya yang berpengkalan di
London dan beberapa orang lagi konco dan kroni telah tersebar luas di
media. Hasil selusup masuk sejak berbulan-bulan berjaya mendedahkan
kekorupan dan pengkhianatan Bashar dan para penyokong tegarnya.
Bagaimana di tengah-tengah krisis yang melanda, Bashar dan orang-orang
kanannya boleh berjenaka bersahaja dengan apa yang sedang menimpa rakyat
Syria, malah tidak mengambil seriyes langsung dengan krisis kemanusiaan
yang berlaku. Diperlihatkan juga bagaimana Bashar dan isterinya Asma
dengan selamba badak membeli-belah atas talian dengan riang gembiranya
melalui laman-laman membeli-belah yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Begitu juga nasihat yang diberikan oleh bapa mertuanya, yang
menyarankan agar Bashar mencipta helah dan alasan untuk menutup
kezalimannya terhadap rakyatnya sendiri.
Hallo melloww...?? Bangkai gajah lagikan hendak ditutup..??
Di
sebalik kekejaman dan penindasan yang dilakukan Bashar ke atas
rakyatnya sendiri, amat mengagumkan dan mengharukan apabila melihat
semangat rakyat Syria yang tidak pernah padam. Mereka begitu yakin
dengan janji Allah, barangsiapa yang bersungguh-sungguh berjihad di
jalanNya, pasti Dia akan menunjukkan jalan keluar. Mereka begitu yakin
yang suatu hari nanti, Bashar dan rejimnya akan berjaya juga
ditumbangkan. Cepat atau lambat, itu bukan persoalannya. Yang lebih
penting, mereka semua bersatu, berjihad untuk melawan kekejaman rejim
Bashar. Menaikkan bulu roma juga apabila menonton video-video
kebangkitan mereka ini, yang membuktikan betapa bersemangatnya mereka
dengan perjuangan ini. Masih terngiang-ngiang laungan keramat mereka:
"Siapa yg beri kemenangan?? Obama? Erdogan? Sarkozy?? Allah! KEMENANGAN ITU MILIK ALLAH!"
Persoalan
saya untuk diri sendiri dan anda semua; mengapakah ummah ini boleh
diperlakukan sebegitu rupa oleh Bashar al-Assad dan konco-konconya..??
Begitu hinakah deen dan ummah ini??? Di manakah khalifah mukminin yang
sepatutnya menjadi perisai kepada kita semua...??
Syria: Mengapa Kita Perlu Peduli
Dalam sebuah hadith, ar-Rasul SAW menyatakan:
"Kamu akan lihat orang Islam dalam kasih sayang mereka, lemah-lembut
mereka dan kasihan belas mereka umpama seperti tubuh badan, jika ada
anggota badan yang mengadu sakit, maka seluruh anggota badan yang lain
turut merasainya dengan sakit demam dan berjaga malam."
[Riwayat
Bukhari]
Ini
bukan krisis rakyat Syria sahaja. Bukan juga krisis negara-negara Arab,
walaupon merekalah yang sepatutnya bangkit menghulurkan bantuan dahulu
atas faktor geografi dan kelebihan yang ada pada mereka.
Tetapi ini adalah isu ummah. Krisis ummah. Maka ia perlu ditangani secara bersama-sama.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Tidak beriman seseorang di kalangan kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."
[Riwayat Bukhari]
Bayangkan
kalau kita berada di situasi yang sama. Nau'dzubillah.. Pastilah kita
mengharapkan saudara-saudara kita di Indonesia, Thailand, India malah
jauh nun di Afrika Selatan sana, untuk menghulurkan bantuan bukan..?
Malah sedikit simpati dan empati, menyertai demonstrasi di jalanan untuk
menunjukkan sokongan mereka kepada kita dan apa-apa sahaja yang boleh
menaikkan semangat kita, pastilah amat kita hargai.
Mereka
adalah saudara seIslam kita. Hubungan yang paling suci adalah hubungan
yang dijalinkan dengan aqidah, dan bukannya darah, bukannya bangsa
apatah lagi parti politik angkat keris. Eh. Kalau bukan kita yang mahu
bangkit membela mereka, takkanlah kita mengharapkan Obama, Netanyahu
atau Samy Vellu pula...?
Apa Yang Boleh Dan Perlu Untuk Kita Lakukan?
"Tapi Inche gabbana... Syria dan Malaysia, jaraknya ribuan batu! Macam mana nak bantu..?"
"Ala, orang Syria bukan perlu apa-apa pon bantuan daripada kita. Entah-entah mereka tak tahu pon Malaysia tu apa!"
"Tiada apa yang boleh kita bantu melainkan doa. Berdoa sahajalah, mudah-mudahan Allah selamatkan mereka."
Err..
Alasan yang sama anda berikan untuk krisis yang berlaku di Palestin.
Dan juga Chechnya. Dan juga Kashmir. Dan juga Sudan. Dan semua-semualah
krisis yang melbiatkan saudara seIslam kita. Aduhai.
Hakikatnya,
banyak benda yang boleh kita lakukan secara langsung atau tidak, bagi
menunjukkan bahawa kita bersama-sama rakyat Syria keseluruhannya dalam
menentang kezaliman rejim Bashar al-Assad.
Mari kita senaraikan apa yang boleh dan perlu kita lakukan, yang sudah semestinya berada dalam lingkungan kemampuan kita:
- Sentiasa mengikuti perkembangan terbaru yang berlaku di Syria. Jangan pernah rasa bosan dengannya.
- Tulis
surat atau dinding atau kicauan kepada rakan-rakan Syria anda
(Sekiranya anda, kalau tiada bolehlah cari! Wah!) memberikan kata-kata
semangat dan pendorong
- Tulis
surat atau email kepada kedutaan Syria di Malaysia, menyatakan
bangkangan dan protes anda terhadap kekejaman Bashar. Anda boleh ke laman sesawang kedutaan Syria untuk melakukannya atau boleh juga terus ke sini. Mari lancarkan perang email terhadap mereka!
- Sertai
demonstrasi aman seperti yang telah saya lakukan minggu lepas *koff
koff rugi wile weh sapa tak pergi koff koff seriyes rugi koff koff*,
tunjukkan solidariti anda kepada rakyat Syria. Percayalah, mereka
menyaksikannya.
- Kongsikan
video-video atau artikel-artikel yang berkaitan dengan revolusi Syria
di laman MukaBuku atau Pengicau anda. Sebarkan berita sebenar tentang
apa yang berlaku Syria supaya tak jadi macam mamat Zainuddin Maidin sorang ni. Hohoho.. (Awas! Jangan sebarkan gambar-gambar yang menakutkan lagi mengerikan! Tak tidur malam nanti dibuatnya!)
- Jangan
lupa terus mendoakan saudara-saudara kita di sana. Yakinlah yang doa
itu senjata bagi orang Mukmin! Yakin juga yang suatu hari nanti pasti
Allah akan kurniakan kemenangan kepada mereka, samalah seperti yang
berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya!
- Teruskan
mentarbiyah diri dan orang di sekitar anda menjadi individu Muslim
sejati. Kerana hanya mereka yang benar-benar faham erti menjadi seorang
Muslim, boleh menjiwai kepentingan memperjuangkan nasib saudara
seaqidah!
Seperti
yang pernah saya katakan sebelum ini, mungkin kita merasakan yang usaha
kita yang kecil dan tidak seberapa ini tidak memberikan apa-apa kesan
kepada revolusi rakyat nun di Syria sana nun. Apatah lagi untuk
menumbangkan rejim Bashar yang maha zalim itu. Tetapi siapa tahu dan
dapat menjangkakan, dengan beraraknya kita, dengan laungan takbir dan
kata-kata semangat kita dan dengan doa-doa penuh keikhlasan yang kita
lafazkan untuk saudara-saudara kita di sana, ia sebenarnya memberikan
kekuatan kepada mereka semua untuk meneruskan pengorbanan dan perjuangan
mereka..?
Dan
yang lebih mengalirkan peluh besar adalah, dakwaan-dakwaan yang bakal
dikemukakan oleh mereka yang terkorban hasil kekejaman Bashar terhadap
kita di mahkamah Allah nanti. Apa yang telah kau lakukan? Mengapa kau
hanya duduk selesa di atas sofa menonton drama Korea tanpa mempedulikan
nasib aku di Syria?? Sanggup kau biarkan Bashar dan anjing-anjingnya
bermaharajalela dan berbuat sesuka hati mereka..?? Di mana kau ketika
aku amat memerlukanmu...??
Gulp.
Ingat,
ini bukan perjuangan rakyat Syria semata-mata. Ini perjuangan kita
bersama. Ini perjuangan dan jihad menentang kezaliman dan membebaskan
saudara seaqidah kita daripada cengkaman penindasan dan kekejaman!
Ayuh!
"Allah! Suriah! Huriah! Wa bass! Allahu Akbar!"