Wednesday, September 19, 2012

TERUSKN PERJUANGAN..

Kata-kata ni xde spe yang ungkar pada ku melainkan si dia,dalam sejuta hanya dari bibir si dia...
 Bismillahhirahmannirahhim...

Klu ikut rasa binasa,
Kalau ikut hati sakit,,

Yang kecil itu bernas,
Walau seribu tahun dilanda panas,
Walau digetas-getus binatang ganas.
Walau dilanda omabak,ribut,dan petir,,
Ia tetap akan bertunas....

Semua org sama,mkn,pakai,minum,tido..
Tp yg membezakan dia dan kita adalah semangat....

Seribu makna dalam ayat diatas...Kalau ak tafsirkn,ckup2 bermakna.......,ayat ni la aku dgar dri aku kecil lagi...ni ak naik tahun ke2 d universiti,,aku xdgar da kalimah ayat kat atas2...ayat ni umpama suntikan semangat bila kau nak masuk blaja..tp mne da nak dgar skarg...
maybe ayat kat atas tu xckup intipatinya mybe terskip,,sebab arwah da xde...hmmm
ayat ni 1dlm sejuta,,dan xpnah org membuat kata semangat cam ni..

.PAPA i'm so really2 miss u....

Tuesday, March 27, 2012

Kne amek taw klu SAYANG ISLAM...


 SALAM ALAIK...hehe da lme xupdate,n godek2 cite sal syria bru kte tw cite cmne...ni pon hasil copy paste,seryes slame ni xtaw pon knape syria jadi gitu n gini..phak sunni smpai berbunuh2,rupa2 tw da la citenye,,,nk share jew...

 Dan kajian memerlukan masa dan ruang yang secukupnya; tersalah cakap pula akan menyebabkan saya sama ada bakal disaman oleh Kerajaan Syria atau diburu oleh pembunuh upahan Bashar al-Assad yang selama ini sememangnya dengki pada saya heyy! Eh.

Sebelum kita melihat pada krisis yang sedang berlaku di Syria, mari kita selusuri sejarah ringkas negara tersebut, untuk lebih memahami sedikit-sebanyak kedudukan sosio-politik negara tersebut. Juga untuk memberi kita kefahaman dan semangat mengapa kita sebagai umat Islam amat perlu turun padang untuk membantu dan mempertahankan saudara-saudara kita di sana. Ini soal ummah sejagat; maka kita perlu ambil tahu dan ambil peduli.
Syam: Kota Penuh Bersejarah
Syria, (atau Suriah) adalah salah satu daripada empat buah negara Kota Syam, sememangnya mempunyai kedudukan yang cukup istimewa di sisi Islam. Malah Allah merakamkan keistimewaan wilayah ini di dalam al-Quran pada surah Quraisy apabila Allah ingin mengingatkan bangsa Quraisy tentang keistimewaan dan kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada mereka. 
"Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy, (iaitu) kebiasaan mereka berpergian pada musim sejuk dan musim panas. Maka hendaklah mereka meyembah Tuhan (pemilik) rumah ini (Kaabah), yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka daripada rasa ketakutan." 
[Quraisy, 106: 1-4] 


Para mufassirin sependapat bahawa 'berpergian pada musim panas' yang disebut di dalam surah ini adalah merujuk kepada kebiasaan orang-orang Quraisy yang pergi berdagang ke Syam pada musim panas. Sememangnya Syam cukup sinonim sebagai sebuah kota perdagangan kerana kedudukannya yang cukup strategik. Malah sekiranya anda masih ingat, dalam peristiwa perang Badr, Abu Sufyan telah menjual seluruh harta-benda umat Islam yang meninggalkan kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah, di Syam.

Di zaman Khilafah Bani Umayyah, kota Damsyik yang terletak di Syria dijadikan pusat pemerintahan para khalifah ketika itu, menggantikan Madinah. Kedudukan Damsyik sebagai tempat bersemayamnya khalifah ummah ini kekal sehinggalah kejatuhan Umayyah dan digantikan dengan 'Abbasiyyah yang menjadikan Baghdad sebagai pusat pemerintahan mereka. 



Laju ke hadapan, selepas Perang Dunia Pertama di mana dunia menyaksikan berakhirnya sistem khilafah Islamiyyah secara rasminya di Turki pada 1924, Syria telah menjadi tanah jajahan Perancis. Setelah berlakunya pergolakan politik yang cukup meriah lagi rumit (Oh percayalah, anda tidak mahu tahu-menahu tentangnya!), akhirnya Syria mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada tahun 1946. 

Pada tahun 1970, Hafez al-Assad (bapa kepada Bashar al-Assad) telah merampas kuasa melalui bantuan partinya, Parti Baath. Hafez telah memerintah secara autokratik, bengis dan kejam sehinggalah kematiannya pada tahun 2000.
Era Pemerintahan Hafez al-Assad 


Hafez al-Assad akan dikenang dalam lipatan sejarah sebagai seorang pemimpin zalim yang sentiasa dahagakan darah para pejuang Islam yang menentang tampuk pemerintahannya. Berasal dari latar belakang Syiah Alawi, yakni Syiah yang dianggap sesat dan merupakan golongan minoriti di Syria (kurang lebih 6% daripada jumlah penduduk keseluruhan), Hafez mengamalkan polisi diskriminasi apabila menaikkan dan melantik para pemimpin kerajaan daripada ahli keluarganya yang terdekat dan di kalangan kaum Syiah Alawi. 

Parti Baath yang dipimpin Hafez adalah sebuah parti sekular dan menjalankan pemerintahan secara diktator apabila pemilihan Presiden dilaksanakan secara referendum dan bukan pemilihan secara demokratik. Maka tidak hairanlah sentiasa berlaku protes dan penentangan demi penentangan ke atas pemerintahan Hafez. Dan Hafez bertindak pantas dengan menghapuskan para penentangnya sama ada dengan cara penangkapan, penyeksaan mahupon pembunuhan. Hafez tampaknya tidak pernah ragu-ragu untuk menghapuskan sebarang bentuk ancaman ke atas dirinya.

Kemuncak kekejaman Hafez berlaku pada tahun 1982, apabila Hafez mengarahkan ketumbukan tentera Syria untuk menghapuskan kebangkitan Ikhwanul Muslimin di Syria yang berpusat di kota Hama. Ikhwan yang bangkit akibat tidak lagi tertahan dengan penindasan yang dilakukan oleh rejim Hafez, menjadikan Hama sebagai pusat operasi gerak kerja mereka. Gerakan mereka tampaknya membuahkan hasil apabila semakin ramai yang bangkit menentang kekejaman Hafez.

Hafez yang menyedari bahaya ancaman Ikhwan ini, dengan penuh berang mengarahkan agar kota Hama dibom dan para pejuang Ikhwah diburu hingga ke lubang cacing. Akibatnya puluhan ribu (ada yang menganggarkan kira-kira 46,000 ribu!) pejuang Islam gugur syahid di tangan Hafez dan konco-konconya. Sebahagian besar daripada yang syahid ini adalah penganut Ahlul Sunnah wal Jamaah. Selepas peristiwa ini, Hafez mengharamkan Ikhwanul Muslimin. Malah sesiapa yang menyertainya akan dihukum bunuh!

Hafez juga terkenal dengan penglibatannya dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin! Walaupon media Syria menggambarkan Hafez sebagai pembela nasib rakyat Palestin, anda semua sila jangan tertipu dengannya hey!  Penglibatan Hafez dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Tel Al-Zaatar tidak dapat dinafikan lagi. Choyyy. Begitu juga dengan hakikat bahawa Bukit Golan yang diduduki oleh Zionis laknatullah dan terletak hanya beberapa kilometer dari Damsyik, tidak pernah diganggu-gugat, dijentik pon tidak oleh Hafez. Walhal Hafez dengan penuh riang rianya menumpahkan darah umat Islam, rakyat negaranya sendiri!


Era Pemerintahan Bashar al-Assad

Naiknya Bashar al-Assad ke taktha pemerintahan Firaun Syria adalah tidak dirancang sebenarnya. Pada mulanya, Hafez telah pon melatih anak lelaki sulungnya, Bassel al-Assad untuk menggantikannya. Namun, takdir Allah menentukan segalanya apabila Bassel mati dalam suatu tragedi kemalangan jalan raya.

Bashar yang ketika itu sedang menuntut di Kerajaan Bersatu dalam bidang perubatan mata dipanggil pulang untuk mengisi vakum yang ditinggalkan Bassel. Bashar, yang merupakan seorang yang pendiam dan kurang dikenali, mula diberikan tugas, amanah dan kedudukan dalam pasukan tentera dan rejim Syria.

Selepas kematian bapanya pada tahun 2000 akibat paru-paru berair, Bashar dilantik menjadi Presiden Syria yang baru tanpa sebarang tentangan. Bashar dilihat sebagai Presiden yang popular kerana mewakili anak muda Syria dalam membawa reformasi dan perubahan pada Syria (dia dilantik menjadi Presiden ketika berusia 34 tahun). Malangnya, reformasi dan perubahan ini tidak diterjemahkan dalam erti kata yang sebenar, dan akhirnya rakyat Syria bangkit bagi menentang penindasan rejim Bashar al-Assad.

Revolusi Rakyat Syria

Mungkin tak ramai yang tahu punca sebenar kebangkitan rakyat Syria kerana macam mana nak tahu kalau hari-hari baca Utusan Online atau Metro sahaja *koff koff*. Peristiwa yang mencetuskan kepada kebangkitan rakyat tidaklah seromantik kejadian yang mencetuskan revolusi di Tunisia misalnya, apabila Mohamed Bouazizi membakar dirinya hidup-hidup. Tetapi ia cukup signifikan untuk membangkitkan kemarahan rakyat Syria hingga menyebabkan satu-persatu domino jatuh menyembah bumi (Baca: Teori domino dan bukannya pizza Domino's itu tahu..?).

Semuanya bermula apabila sekumpulan kanak-kanak di sebuah tadika yang menconteng dinding tadika mereka dengan tulisan, "Kami Mahu Jatuhkan Kerajaan!" Apabila perkara ini diketahui oleh anjing-anjing Bashar, kanak-kanak ini ditangkap dan diseksa, antaranya dengan mencabut kuku-kuku mereka! Malah ada yang mati akibat seksaan keras yang dikenakan terhadap mereka. Bayangkan kanak-kanak tadika yang masih belum kenal pon erti kehidupan yang sebenar dilayan sebegitu rupa!

Apabila ibu bapa dan ahli keluarga kanak-kanak tersebut pergi untuk menuntut agar dibebaskan anak-anak mereka, permintaan mereka ditolak dengan keras. Malah, mereka diludah pula dengan kata-kata keji,

"Kamu balik sahajalah. Lupakan anak-anak kamu dan anggaplah mereka telah tiada. Jika kamu hendak anak-anak lagi, berikan kepada kami isteri-isteri kami (untuk kami rogol); hasil daripada itulah anak-anak kamu!"

Terasa mahu beri pelempang Jepun tiga ratus enam puluh darjah secara percuma bukan..?

Rentetan kekurangajaran mereka itu, rakyat menjadi berang dan sedikit demi sedikit, kemarahan mereka itu merebak pula ke seluruh Syria. Daripada ratusan, menjadi ribuan dan akhirnya bertukar menjadi kebangkitan jutaan rakyat Syria! Menariknya, kebangkitan rakyat Syria dipelopori oleh mereka yang berfahaman Ahlul Sunnah wal Jamaah, menjadikan revolusi ini seolah-olah kebangkitan Sunni menentang Syiah.

Ya, bunyinya seperti tidak terpercaya bukan? Seolah-olahnya anda sedang membaca hikayat dongeng yang diperdengarkan kepada anda sewaktu kecil dahulu sebelum hendak tidur. Dan anda menjangkakan pastilah pengkakhiran cerita dongeng ini akan disudahi dengan kehidupan gembira selama-lamanya (Baca: Happily ever after). Macam tidak logik pula kebangkitan rakyat secara besar-besaran dicetuskan oleh kanak-kanak tadika yang tidak berdosa. Tetapi itulah hakikatnya. Dan pastikan anda telan dan hadam fakta ini betul-betul kerana begitu banyak dakyah dan fitnah disebarkan di luar sana bagi mengelirukan umat Islam dan dunia tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Of kos, peristiwa di tadika itu hanyalah pencetus dan bukannya faktor penyebab kepada revolusi Syria. Maknanya, rakyat Syria selama ini ibaratnya gunung berapi yang terpendam lama, hanya menunggu masa yang sesuai untuk meletus. Pastinya rakyat sudah lama memendam rasa dengan penindasan yang dilakukan oleh rejim Bashar, ditambah pula dengan sikap berat sebelahnya terhadap kaum Syiah Alawi. Menarik sekali apabila dibuat perbandingan, apa yang berlaku di Syria sekarang ini tidak jauh bezanya dengan layanan kerajaan Saddam Hussein di Iraq dahulu terhadap kaum Syiah minoriti di sana. Akhirnya, peristiwa kanak-kanak tadika yang diseksa itu telah menyebabkan rakyat meletup, bangkit menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan mereka.

Kebangkitan rakyat Syria pada mulanya dipandang enteng oleh rejim Bashar. Mereka menyangkakan yang kemarahan dan protes yang dicetuskan oleh rakyat itu hanyalah warm warm chicken shit sahaja. Mereka silap. Hari demi hari, kebangkitan rakyat semakin menular dengan begitu pantas. Kebangkitan rakyat amat berapi dan mata bersinar-sinar terutamanya di Homs, Hama, Deera dan Doma, menyebabkan Bashar dan konco-konconya panas punggung dan berpeluh tengkuk. Tidak disangka Bashar, kepemimpinannya suatu hari nanti akan dicabar dan dibenci.

Arakian Bashar dan anjing-anjingnya mengambil keputusan untuk mengikuti jejak bapanya dengan menghapuskan segala ancaman yang wujud terhadap pemerintahannya dengan apa cara sekalippon. Dasar bapa borek, anak rintik! Orang awam yang menyertai protes ditembak tanpa rasa kasihan. Aktivis-aktivis kebangkitan dicari, dikejar sehingga ke lubang cacing, ditangkap di tengah malam dan diseksa atau dibunuh. Malah wanita dan anak-anak kecil juga tidak terlepas daripada kezaliman Bashar.

Kekejaman dan kezaliman Bashar bukan satu dongengan. Bukan satu rekaan untuk memburukkan reputasinya yang sudah pon sedia tercalar. Ia direkodkan dengan baik dan teliti sekali, baik melalu testimoni mereka yang terselamat dan askar-askar yang belot melarikan diri daripada Bashar, atau melalui rakaman video dan gambar yang sempat diambil oleh para saksi.

Antara video yang amat menggugah jiwa adalah apabila rakyat Syria dipaksa untuk menyebut 'Laila ha illa Bashar!' atau 'Tiada sembahan selain Bashar!' Astaghfirullah..  Dan mereka yang enggan menyebutnya akan dirobek mulut mereka, sehingga hilang bahagian rahang bawah mereka (gambar ini sudah tersebar dengan banyaknya di MukuBuku; menggeletar juga lutut saya menyaksikannya). La hawla wa quwwata illa billah..

Celakalah kau wahai Bashar! Tiada Tuhan, Ilah atau Raja yang layak disembah melainkan Allah dan Allah sahajalah! Mahukah dikau mendapat kemurkaan dan seksaan sepertimana yang Allah turunkan kepada Firaun laknatullahi 'alaih..??

Ok emo sekejap di situ. 

Belum lagi dihitung kekejaman dan kezaliman yang lain yang dilakukan Bashar dan anjing-anjingnya. Misalnya, nasib yang menimpa seorang gadis sunti, Zainab al-Husni, 23 tahun, yang dikerat empat dan dicampak mayatnya di hadapan rumah keluarganya, semata-mata kerana dia melawan kerana tidak mahu dirobek daranya oleh tentera Bashar laknatullah. Belum lagi dikira nasib 19 orang doktor dan dan 40 orang pesakit di sebuah hospital di Doma yang dibunuh dengan kejam oleh anjing-anjing Bashar. Allahu Akbar! Moga Allah mengurniakan syahid kepada kalian semua! Kalian tuntutlah di hadapan mahkamah Allah yang Maha Agung lagi Adil di Mashyar kelak; Dia pasti tidak akan mengecewakan kalian!

Sehingga kini, sudah ribuan nyawa yang gugur sejak revolusi Syria tercetus setahun yang lalu (angka sebenar tidak dapat dipastikan; pokoknya cukup ramai!). Lebih banyak nyawa akan tergadai dek ketegasan dan kedegilan Bashar untuk menamatkan kebangkitan ini dengan cara apa sekalipon.

Dunia terus menyaksikan dan bertepuk tangan gembira dengan apa yang berlaku. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kekal dungu dan menjadi boneka kuffar, apabila Russia dan China, dua ahli tetap Majlis Keselamatan menggunakan veto mereka untuk menolak sebarang usul untuk mengenakan tindakan terhadap rejim Syria. Iran dan Hizbullah pula terus memberikan sokongan, sama ada secara terang-terangan atau di belakang tabir terhadap rejim Bashar. Diceritakan juga bagaimana Hizbullah menghantar tentera elit dan komando mereka ke Syria untuk membantu Bashar menamatkan riwayat revolusi ini.

Terbaru, email-email Bashar, isterinya Asma, ayah mertuanya yang berpengkalan di London dan beberapa orang lagi konco dan kroni telah tersebar luas di media. Hasil selusup masuk sejak berbulan-bulan berjaya mendedahkan kekorupan dan pengkhianatan Bashar dan para penyokong tegarnya. Bagaimana di tengah-tengah krisis yang melanda, Bashar dan orang-orang kanannya boleh berjenaka bersahaja dengan apa yang sedang menimpa rakyat Syria, malah tidak mengambil seriyes langsung dengan krisis kemanusiaan yang berlaku. Diperlihatkan juga bagaimana Bashar dan isterinya Asma dengan selamba badak membeli-belah atas talian dengan riang gembiranya melalui laman-laman membeli-belah yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Begitu juga nasihat yang diberikan oleh bapa mertuanya, yang menyarankan agar Bashar mencipta helah dan alasan untuk menutup kezalimannya terhadap rakyatnya sendiri.

Hallo melloww...?? Bangkai gajah lagikan hendak ditutup..??

Di sebalik kekejaman dan penindasan yang dilakukan Bashar ke atas rakyatnya sendiri, amat mengagumkan dan mengharukan apabila melihat semangat rakyat Syria yang tidak pernah padam. Mereka begitu yakin dengan janji Allah, barangsiapa yang bersungguh-sungguh berjihad di jalanNya, pasti Dia akan menunjukkan jalan keluar. Mereka begitu yakin yang suatu hari nanti, Bashar dan rejimnya akan berjaya juga ditumbangkan. Cepat atau lambat, itu bukan persoalannya. Yang lebih penting, mereka semua bersatu, berjihad untuk melawan kekejaman rejim Bashar. Menaikkan bulu roma juga apabila menonton video-video kebangkitan mereka ini, yang membuktikan betapa bersemangatnya mereka dengan perjuangan ini. Masih terngiang-ngiang laungan keramat mereka:
"Siapa yg beri kemenangan?? Obama? Erdogan? Sarkozy?? Allah! KEMENANGAN ITU MILIK ALLAH!"



Persoalan saya untuk diri sendiri dan anda semua; mengapakah ummah ini boleh diperlakukan sebegitu rupa oleh Bashar al-Assad dan konco-konconya..?? Begitu hinakah deen dan ummah ini??? Di manakah khalifah mukminin yang sepatutnya menjadi perisai kepada kita semua...??
  
Syria: Mengapa Kita Perlu Peduli

Dalam sebuah hadith, ar-Rasul SAW menyatakan:

"Kamu akan lihat orang Islam dalam kasih sayang mereka, lemah-lembut mereka dan kasihan belas mereka umpama seperti tubuh badan, jika ada anggota badan yang mengadu sakit, maka seluruh anggota badan yang lain turut merasainya dengan sakit demam dan berjaga malam." 
[Riwayat Bukhari]

Ini bukan krisis rakyat Syria sahaja. Bukan juga krisis negara-negara Arab, walaupon merekalah yang sepatutnya bangkit menghulurkan bantuan dahulu atas faktor geografi dan kelebihan yang ada pada mereka.

Tetapi ini adalah isu ummah. Krisis ummah. Maka ia perlu ditangani secara bersama-sama.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Tidak beriman seseorang di kalangan kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."
[Riwayat Bukhari]

Bayangkan kalau kita berada di situasi yang sama. Nau'dzubillah.. Pastilah kita mengharapkan saudara-saudara kita di Indonesia, Thailand, India malah jauh nun di Afrika Selatan sana, untuk menghulurkan bantuan bukan..? Malah sedikit simpati dan empati, menyertai demonstrasi di jalanan untuk menunjukkan sokongan mereka kepada kita dan apa-apa sahaja yang boleh menaikkan semangat kita, pastilah amat kita hargai.

Mereka adalah saudara seIslam kita. Hubungan yang paling suci adalah hubungan yang dijalinkan dengan aqidah, dan bukannya darah, bukannya bangsa apatah lagi parti politik angkat keris. Eh. Kalau bukan kita yang mahu bangkit membela mereka, takkanlah kita mengharapkan Obama, Netanyahu atau Samy Vellu pula...?

Apa Yang Boleh Dan Perlu Untuk Kita Lakukan?

"Tapi Inche gabbana... Syria dan Malaysia, jaraknya ribuan batu! Macam mana nak bantu..?"

"Ala, orang Syria bukan perlu apa-apa pon bantuan daripada kita. Entah-entah mereka tak tahu pon Malaysia tu apa!" 

"Tiada apa yang boleh kita bantu melainkan doa. Berdoa sahajalah, mudah-mudahan Allah selamatkan mereka." 

Err.. Alasan yang sama anda berikan untuk krisis yang berlaku di Palestin. Dan juga Chechnya. Dan juga Kashmir. Dan juga Sudan. Dan semua-semualah krisis yang melbiatkan saudara seIslam kita. Aduhai.

Hakikatnya, banyak benda yang boleh kita lakukan secara langsung atau tidak, bagi menunjukkan bahawa kita bersama-sama rakyat Syria keseluruhannya dalam menentang kezaliman rejim Bashar al-Assad.

Mari kita senaraikan apa yang boleh dan perlu kita lakukan, yang sudah semestinya berada dalam lingkungan kemampuan kita:
  1. Sentiasa mengikuti perkembangan terbaru yang berlaku di Syria. Jangan pernah rasa bosan dengannya.
  2. Tulis surat atau dinding atau kicauan kepada rakan-rakan Syria anda (Sekiranya anda, kalau tiada bolehlah cari! Wah!) memberikan kata-kata semangat dan pendorong
  3. Tulis surat atau email kepada kedutaan Syria di Malaysia, menyatakan bangkangan dan protes anda terhadap kekejaman Bashar. Anda boleh ke laman sesawang kedutaan Syria  untuk melakukannya atau boleh juga terus ke sini. Mari lancarkan perang email terhadap mereka!
  4. Sertai demonstrasi aman seperti yang telah saya lakukan minggu lepas *koff koff rugi wile weh sapa tak pergi koff koff seriyes rugi koff koff*, tunjukkan solidariti anda kepada rakyat Syria. Percayalah, mereka menyaksikannya.
  5. Kongsikan video-video atau artikel-artikel yang berkaitan dengan revolusi Syria di laman MukaBuku atau Pengicau anda. Sebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku Syria supaya tak jadi macam mamat Zainuddin Maidin sorang ni. Hohoho.. (Awas! Jangan sebarkan gambar-gambar yang menakutkan lagi mengerikan! Tak tidur malam nanti dibuatnya!)
  6. Jangan lupa terus mendoakan saudara-saudara kita di sana. Yakinlah yang doa itu senjata bagi orang Mukmin! Yakin juga yang suatu hari nanti pasti Allah akan kurniakan kemenangan kepada mereka, samalah seperti yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya!
  7. Teruskan mentarbiyah diri dan orang di sekitar anda menjadi individu Muslim sejati. Kerana hanya mereka yang benar-benar faham erti menjadi seorang Muslim, boleh menjiwai kepentingan memperjuangkan nasib saudara seaqidah!



Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, mungkin kita merasakan yang usaha kita yang kecil dan tidak seberapa ini tidak memberikan apa-apa kesan kepada revolusi rakyat nun di Syria sana nun. Apatah lagi untuk menumbangkan rejim Bashar yang maha zalim itu. Tetapi siapa tahu dan dapat menjangkakan, dengan beraraknya kita, dengan laungan takbir dan kata-kata semangat kita dan dengan doa-doa penuh keikhlasan yang kita lafazkan untuk saudara-saudara kita di sana, ia sebenarnya memberikan kekuatan kepada mereka semua untuk meneruskan pengorbanan dan perjuangan mereka..? 

Dan yang lebih mengalirkan peluh besar adalah, dakwaan-dakwaan yang bakal dikemukakan oleh mereka yang terkorban hasil kekejaman Bashar terhadap kita di mahkamah Allah nanti. Apa yang telah kau lakukan? Mengapa kau hanya duduk selesa di atas sofa menonton drama Korea tanpa mempedulikan nasib aku di Syria?? Sanggup kau biarkan Bashar dan anjing-anjingnya bermaharajalela dan berbuat sesuka hati mereka..?? Di mana kau ketika aku amat memerlukanmu...??

Gulp.

Ingat, ini bukan perjuangan rakyat Syria semata-mata. Ini perjuangan kita bersama. Ini perjuangan dan jihad menentang kezaliman dan membebaskan saudara seaqidah kita daripada cengkaman penindasan dan kekejaman!

Ayuh!

"Allah! Suriah! Huriah! Wa bass! Allahu Akbar!" 

Tuesday, February 14, 2012


KISAH BENAR : AKIBAT DEDAH AURAT DI FACEBOOK

Kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook.Dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar yg tidak menutup aurat.

Selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya delete gambar-gambarnya yg tidak menutup auratnya di Facebook. malangnya tiada siapa yang mengetahui password Facebooknya.

Jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum....
dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!

*Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di Facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna,kita tak tahu bila kita akan Mati...Jadi, tolonglah kalau anda Sayangkan diri anda, Deletelah gambar yang tidak sepatutnya.

Sebarkan suara Islam yang sebenar,Inilah penjajahan minda yang dibawa oleh Globalisasi Dajjalism.Sehinggakan Yang WAJIB ini kita main-mainkan dan Dosa ini kita lakukan tanpa RASA APA-APA.

Sedarlah ,
WALAU IKHLAS ATAU TIDAK YANG WAJIB ADALAH WAJIB DILAKUKAN,
Jika Ikhlas maka Berpahala tetapi jika tidak Ikhlas maka sekurang-kurangnya TERHINDAR DARI DOSA.

Jangan dijadikan Ikhlas sebagai Alasan untuk menghalalkan yang Haram.

Ingat ini Saham kita yg ditatap oleh ribuan orang dari jutaan saat.

Pabila telah sampai masanya - baru lah Penyesalan Sudah Tidak Berguna.

Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi.

al-fatihah.

والله اعلم

sumber dari Ma'ar Rahman.

Wednesday, February 8, 2012

ERTI KAWAN


  • Ada seorang gadis yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untukapakah paku-paku ini ayah?" tanya gadis tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kitaini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertamasahaja, gadis itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batutersebut.Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul pakumenembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimanagadis tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itusatu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakutersebut. Gadis tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepadabapanya dengan bangganya.Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kautelah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesanlubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatansama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukansesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, samaseperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atasperbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebihpedih dari luka fizikal.Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dansentiasa membuka hatinya kepada kita.Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dindinghati anda.ERTI KAWAN

Saturday, February 4, 2012

rse nk kumpul ngn kwn2...

Sejak study week bln 12 tahun lepas hingga abis exam n habis kursus elsp n alsp usim bilan 2nih,selame 2bln ni la aku da lame xb'kumpul ngan kawan2 klass,,,exam kami bz study,tyme exam masing-masing wat hal sendiri..abis exam kuar kelas awal tanpa bertegur sapa..bile da sampai bilik masing-masing layan perasaan penat...sampaikan cuti lepas exam 2minggu abis..

 Bile abis cuti kami ikuti program usim iaitu elsp n alsp tapi kawan-kawan kelas sume da tercampak lain-lain fakulti...arggg sume langsung xjumpa padahal dok satu usim kadang orang sebelah bilik pon xsmpat nk bertegur,,,pelik an tapi benar.....perasaan rindu nak berkumpul bersama-sama muncul..nak belajar sama-sama,nak melawak bersama,nak jalan-jalan sama-sama,,da 2bln kot xjmpe sume,,adakah perasaan mereka sama dengan apa aku rasa???haha layan je.....